Tuesday, February 20, 2024

Syurga dunia

 Lama tak menulis. Today i heard banyak khabar of people losing their loved one. One of them loses her husband. 

Selama hidup ni tak pernah rasa protected by a man not even a dad. Sampai niat dlm hati ya allah andai ada rezeki anak bg aku anak lelaki. Allah makbulkan. Kahwin dapat anak lelaki alhamdulillah. Sepanjang kahwin I was treated like a queen by my husband. Laundry, clean dishes, urus anak bila cuti semua dia buat. Bukan anak je dia urus. Including myself iron baju semua. Rezeki allah yg sangat precious. Growing up seeing my closest family and friends pampered by their father by their parents. I was not of them. Tak di pampered. Jgn harap. Bila allah rezekikan suami dan anak yg baik terima kasih ya allah. Doa2 aku utk anak pun semua allah makbulkan. Satu2 kita nampak 🥺

Sunday, August 14, 2022

 Adik, kehadiran adik dalam hidup ummi ni bawak banyak sangat rahmat Allah. Sebelum ni zikir ni jarang sangat dekat lidah ummi. Sejak ada adik, setiap masa penuh dgn zikir. Nak tidurkan adik ; zikir. Nak tenangkan adik ; zikir. Semua benda zikir. Baru ummi perasan, oh rupanya Allah rindu ummi puji Dia. Jarang sgt ummi puji Dia. Bila Adik nangis , ummi positive rupanya Allah nak ummi zikir banyak lagi sebab Dia rindu ummi yg dah jauh sgt dgn Dia selama ni. Hadirnya adik dalam hidup ummi buat ummi appreciate every second dalam dunia ni. Haritu ummi jumpa sepupu ummi. Allah jemput dia satu family pergi buat umrah. Haritu ummi ckp dgn dia ummi nak gi umrah msa tu ummi belum mengandungkan adik. Rupanya Allah nak jemput dia dlu. Tapi dalam pada sembang dgn dia. Allah jentik hati ummi. Buat ummi terdiam. Rupanya allah nak tegur ummi pasal aurat. Sepupu ummi cakap satu ayat “kita tgh slow2 labuhkan tadung. Kita takut la sbb dah akhir zaman.” Mcm tu Allah jentik hati ummi ingatkan pasal mati.

Thursday, August 4, 2022

Motherhood & breastfeeding.

 Alhamdulillah day 7 of being a mother. Subhanallah alhamdulillah allahuakbar allahuakbar. It is very very beautiful and amazing. Rasa syukur dan rasa lengkap tu undescribable. I just cant describe how content and bersyukur dan bahagianya rasa sekarang ni. Terima kasih ya allah untuk rezeki anak dan rezeki jadi seorang ibu. The feeling bila menyusukan anak, touching sangat. Everytime susu kan anak rasa bahagia dan terharu. To my good son, ummi rasa syukur dan bahagia sangat dapat susukan adik. Dapat peluk adik. Ummi tenang bila adik dalam dakapan ummi. Ummi rasa cukup. 9 bulan mengandungkan adik, it was a beautiful journey. Semuanya mudah, baiknya Allah dgn kita kan sayang. Allah jaga adik , jaga ummi, jaga abi. Rasa bersyukur tu datang bila anak pandai menghisap susu badan. Every bits of breastfeeding and motherhood buat kita rasa syukur dan bahagia. 

Terima kasih ya allah pinjamkan anak dan suami yang tak ternilai. Tak boleh dibeli dengan duit🥺 to my husband, terima kasih sayang. Selalu ada dgn i since day 1 sampai sekarang. Tak pernah leka jaga i dgn adik. Selalu utamakan i dari diri you. Duit dan tenaga you semua you spend untuk i dgn adik. You selalu make sure i cukup tidur cukup semuanya walaupun you tak dapat apa you nak. You selalu utamakan i , apa2 i teringin u utamakan dulu, apa yg u teringin u tolak tepi. Sampai lah kdg2 i teringin benda tu lepastu kita makan or beli benda tu, that moment baru u cakap “sayang i lama dah teringin hehe”. I speechless sayang. Sampai macam ni sekali you berkorban untuk i. I selalu marah ke apa you selalu sabar. 🥺 i selalu nak everything to be fast and in order. You tak pernah cakap no 🥺 terima kasih sayang. Semoga you murah rezeki diberi kesihatan baik, panjang umur amin amin. I tak boleh hidup tanpa you dengan anak kita sayang. I tak kuat 🥺

Terima kasih ya allah. Untuk rezeki dapat tahnik kan muhammad ziyyad. Dapat cukur jambul. Dapat buat aqiqah kambing untuk anak. Ya allah terima kasih untuk rezeki semua ni ya allah. Terima kasih ya allah. Tak terungkap. Rasa sebak sangat. Terima kasih bagi peluang dan rezeki untuk aqiqah kan anak. 🥺❤️ Alhamdulillah subhanallah allahuakbar. Sentiasa sangka baik dengan allah.

Friday, July 29, 2022

Welcoming my syurga dunia❤️

 Alhamdulillah selamat melahirkan baby boy secara normal jumaat 29/7/2022 at 4.20am🥺❤️ 

Allahuakbar allahuakbar. Tak tergambar rasa syukur mengandungkan dan melahirkan awak sayang. Mudah sangat prosesnya. 

I was in my 4th year bila dpt tahu pregnant. Baru enter 4th year. I was worried. Worried so much about you baby. Terfikir kuat tak nak clinical kat hospital bawak perut. Naik turun tangga HTAR. Sarat2 masih gigih masuk operation room HTAR to complete my anaesthesiology posting. Diri lama sampai nak pitam. Tapi awak murah rezeki. Semua orang baik and tolong umi. Allah baik sangat dengan kita.

28/7/2022-pagi tu ada eop exam kat msu. Gigih lagi settlekan exam. Alhamdulillah semua Allah mudahkan. Semua Allah yg tolong sebenarnya. Pukul 2.30pm admit sebab Dr ortho nak check tulang belakang before bersalin. Pkul 4.30 Dr check bukaan “eh awak takyah induce dah nak 5cm.” Kita sekali terkejut alhamdulillah mudahnya jalan untuk baby boy and umi. Everything was so easy. Lepastu tunggu kt ward sebab labour room semua penuh.

29/7/2022- Pkul 12malam nurse hantar masuk labour room. Dekat labour room dapat epidural then tunggu contraction and 10cm. Dr masuk pecahkan ketuban. Sejam mcm tu je kot dah Dr suruh push. Contraction msa full dilate tu mmg sakit betul tapi bila kita relax and calm tarik nafas jd kurang sikit. Even dah dpt epidural the contraction msa 9-10cm mmg intense sakit dia. Then Dr suruh push. I literally push mcm nak buang air besar then tetibe Dr panggil afiq suruh tgk kepala baby dah nampak. Masa push tu i quite calm and can control myself alhamdulillah allahuakbar. For my experience, only the 9-10cm contraction and post jahit tu sakit yg intense sikit. Msa teran i honestly tak rasa sakit teran2 tau2 dah keluar. Maybe sebab the contraction tu stromg sgt. Dr gunting pun i tak rasa pape 🥲 like bila msa Dr gunting. Msa jahit even dapat epidural rasa jugak la sakit sikit2. But jahit without epidural mmg sakit ya. 😂

Saturday, May 21, 2022

2weeks to 8month

 Alhamdulillah bak masuk 8 bulan dah. Dulu msa dapat tahu pregnant, risau sangat. Boleh ke tahan clinical years ni kena ulang alik hospital. Naik turun tangga. Alhamdulillah pejam celik dah nak habis year 4.

29weeks ni allah bagi sakit. Nak hapuskan dosa. Nak bagi kita rehat agaknya weekend ni ☺️ Harap2 cepat sembuh. Isnin boleh jalan sendiri dah. Sakit dah hilang. Dah sembuh amin amin. Weekend ni rasa sangat2 stressful. I am lucky i have a very very good husband 🥺❤️  Dr tak bagi banyak gerak. Mmg kita takleh banyak jalan pun sbb makin sakit. Husb lah yg masak kemas bilik pastu tlg angkat kita nak bangun nak baring kt katil. Ya allah, kurniakanlah suamiku syurgamu yg paling tinggi. Kesenangan hidup di dunia dan akhirat amin amin ya rabbal alamin🥺❤️ Terima kasih ya allah untuk hadiah tak ternilai ni.

Semoga urusan mengandung dan bersalin dimudahkan amin amin😭 takut sangat2 tapi kita cuba tenang positive.